#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 21 August 2016

Jemaah Haji Dinasihat Usah Percaya Khabar Angin


MAKKAH - ARAB SAUDI. Jemaah haji dinasihatkan agar menumpu kepada ibadah semasa berada di tanah suci dan tidak memempercayai khabar-khabar angin yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan jemaah dan keluarga di tanah air.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sebaliknya jika terdapat sebarang keraguan atau untuk memastikan sesuatu perkara itu benar atau tidak, jemaah dinasihatkan agar mendapat pengesahan daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

"Janganlah mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas kerana kami khuatir ia boleh menimbulkan suasana tidak baik kalangan jemaah sebaliknya berhubunglah dengan Tabung Haji untuk mendapat pengesahan.

"Tabung Haji sentiasa memantau perkembangan semasa melalui laman-laman sosial agar ia tidak mengganggu perasaan jemaah yang sedang menumpukan ibadah," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang tiba di Jeddah dan terus ke maktab penginapan di sini, pada Sabtu.

Seramai 473 jemaah haji bersama 16 petugas TH tiba dengan penerbangan KT26 yang tidak ke Madinah sebaliknya terus ke sini yang menjadikan keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berada di tanah suci seramai 11,934 orang.

Dua hari lalu, sebuah portal berita propembangkang melaporkan kononnya Ringgit Malaysia tidak diterima di Arab Saudi berikutan kejatuhan nilai Ringgit namun perkara itu dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya Jamil Khir berkata, jemaah Malaysia tidak berdepan sama sekali mengenai masalah tukaran wang itu malah TH sendiri menyediakan kaunter pengeluaran bagi memudahkan jemaah mengeluar wang mengikut tukaran wang Saudi Riyal.

Syed Saleh berkata jemaah Malaysia tidak berdepan masalah itu dan selain itu pengurup wang yang terdapat di tanah suci turut menerima tukaran wang itu.

"Jemaah haji dan keluarga di ibu negara jangan khuatir dengan perkara itu kerana ia tidak benar sama sekali," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...