#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 18 March 2016

Blok Pembangkang: Apa Tujuan Pas?


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mempersoalkan tindakan Pas menubuhkan blok ketiga pembangkang bersama Ikatan.

Menurutnya, amat malang jika blok tersebut mendakwa mereka sebagai pembangkang tetapi tidak mewarnai pembangkang sebenar yang lebih diterima rakyat.

“Ini hak masing-masing (bentuk blok pembangkang). Bila Pas buka ruang mahu wujud pakatan pembangkang, apa objektif sebenar mereka bagi masa depan politik negara?” katanya.

Abdullah Sani berkata, rakyat mahu melihat kemampuan parti-parti pembangkang untuk menjadi sebuah pengganti kepada kerajaan sedia ada sekiranya BN gagal.

“Kalau BN itu gagal, parti lain akan diambil sebagai rujukan. Tetapi melihat kepada pengumuman yang dibuat antara Pas dengan Ikatan, saya tidak nampak ia sebagai satu jalan penyelesaian menjadi pengganti lebih baik," katanya.

Ditanya sama ada Pas perlu keluar daripada pentadbiran Selangor selepas menubuhkan blok pembangkang baharu, Abdullah Sani berkata, itu adalah hak masing-masing.

“Tepuk dada tanya selera. Ia bergantung kepada kekuatan pandangan masing-masing kerana di situ wujud prejudis yang memerlukan ia difikirkan semula.

“Sebab itu saya kata dari sudut mana mereka lihat. Kalau (Pas) mahu bertanding di semua kawasan. Kalau nak umum ia perlu dilakukan secara terang-terangan. 

''Rakyat letih dengan permainan politik, mereka nak lihat parti politik boleh menjadi penjamin kepada masa depan,” katanya. -SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...