#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 14 January 2016

Kabinet Setuju Pinda RUU Cegah Pingat Kebesaran Palsu


SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414).

Beliau berkata, status penggubalan Rang Undang-Undang tersebut kini masih di peringkat dasar kerana ia memerlukan pengesahan daripada negeri-negeri mengenai penggunaan gelaran dan panggilan.

“Setelah Rang Undang-Undang ini dimuktamadkan, ia akan dikemukakan semula kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan sebelum dikemukakan untuk kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibawa ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kisah Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral di dalam media sosial.

Raja Noor Jan, 58 tahun itu, dia kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 itu berikutan laporan polis daripada Pejabat Ketua Menteri, pada Disember lepas.

Dalam pada itu, Azalina juga berkata penganugerahan pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” yang dikurniakan bukan sahaja oleh individu mendakwa berketurunan raja di negara ini bahkan sultan atau raja di negara-negara jiran turut tidak diiktiraf di negara ini.

“Kerajaan tidak mahu pemberian anugerah tersebut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin mempunyai agenda tertentu,” katanya lagi.

-SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...