#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 9 December 2015

UMNO-PAS Perlu Bersama Menentang Anasir Gugat Islam #PAU2015


KUALA LUMPUR: UMNO dan PAS perlu bermuzakarah untuk menentang sebarang anasir menggugat kesucian Islam, termasuk ancaman pengganas Negara Islam (IS), Syiah dan kumpulan bekas penjawat awam, G25 yang memperjuangkan perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pendang, Mohamad Fadzil Zolkifli, berkata kerjasama tidak semestinya menjurus kepada politik, sebaliknya mencakupi hal ehwal agama dan keselamatan demi kepentingan negara.

"Saya turut sedih kerana ada ahli Pemuda UMNO kawasan saya turut terpengaruh dengan ajaran Syiah khususnya kahwin mut'ah (kahwin kontrak), iaitu dengan hantaran serendah RM80," katanya ketika menyokong usul ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. -BHarian Online

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...