#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 14 December 2015

Arab Saudi Belum Tetap Tarikh Bayaran Pampasan


BALING - Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa yang cedera dan waris jemaah haji yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, proses tersebut dijangka memakan masa yang lama memandangkan jumlah mangsa yang terlibat adalah banyak dan daripada pelbagai negara.

"Jadi kita minta waris mangsa yang terlibat untuk bersabar sedikit, mungkin dalam Januari ini saya akan beri kenyataan penuh berkaitan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman telah memerintah pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...