#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 6 July 2015

Kumpulan Keempat Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Selamat Dikebumi #SaveRohingya


POKOK SENA, 6 Julai - Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi ini.

Pengebumian kesemua 24 jenazah lelaki dalam satu liang lahad itu, bermula pada 12.30 tengah malam dan selesai kira-kira 3 pagi tadi.


Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya berkata, pengebumian 24 jenazah itu menjadikan bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 99 daripada 106 jenazah keseluruhan.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah beberapa hari selepas itu dan kumpulan ketiga pada 4 Julai lepas.

Noh berkata, baki tujuh lagi jenazah terakhir akan dikebumikan selepas Aidilfitri, diikuti majlis tahlil.

Majlis pengebumian jenazah mangsa berkenaan diuruskan bersama oleh JAIK, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...