#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 16 June 2015

Kedah Bukan Pusat Pengganas @MukhrizMahathir @MukhrizMFC @wartadarulaman


ALOR SETAR 15 Jun – Kerajaan negeri hari ini memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan media negara itu, The New York Times, yang mendakwa negeri ini merupakan pusat melahirkan pengganas militan Negara Islam (IS), Januari lalu.

Penjelasan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika menerima kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun di Wisma Darul Aman di sini.

Mukhriz menegaskan, institusi sekolah agama atau pondok di negeri ini bukan lubuk yang melahirkan pengganas melalui sistem pendidikan radikal biarpun diakui terdapat sebilangan kecil yang terbabit dengan fahaman ekstrem.

“Kesempatan ini saya terangkan bahawa artikel dilaporkan media Barat itu tidak benar walaupun memang ada dua individu berasal dari Kedah dan menuntut di pondok terbabit dalam aktiviti keganasan di Syria.

“Namun, sebenarnya terdapat juga penglibatan pelajar universiti termasuk pensyarah yang kononnya berjuang di sana, jadi bukanlah gambaran bahawa kita adalah lubuk pengganas seperti dilaporkan media Barat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, Mukhriz menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM1.929 juta kepada 11 wakil Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini yang layak menerima bantuan melalui peruntukkan diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sumbangan tersebut akan diberikan secara bulanan sebanyak RM50 kepada kira-kira 4,800 pelajar yang menginap di asrama dari 11 SAR berkenaan selama lapan bulan berturut-turut. -UtusanOnline

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...