#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 6 April 2015

Caj Perkhidmatan Tidak Dibenarkan


PUTRAJAYA 6 April - Berkuat kuasa hari ini semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian secara kumulatif antara pekerja dan majikan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya berlaku pelanggaran arahan tersebut pengguna boleh melaporkan kepada pihaknya dan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan atau Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna.

“Selain itu, jika peniaga mahu mengenakan caj perkhidmatan mereka diwajibkan mempamerkan notis perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan.

“Keputusan ini dibuat di peringkat kementerian dan akan dilaksanakan sehingga satu polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar taklimat cukai barang dan perkhidmatan (GST) di sini hari ini.

Alias berkata, tindakan itu diambil berikutan tiada badan khusus yang mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan di Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...