#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 5 November 2014

Tunku Panglima Besar Kedah Perkenan Melawat & Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Puting Beliung di Kota Setar


Sekitar tengahari tadi, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Intan Safinaz telah perkenan untuk mencemar duli melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa puting beliung di Kampung Kuala Sungai, Alor Setar.





Kami rakyat Kedah merafak sembah terima kasih dan berbesar hati dengan keperihatinan YTM Tunku untuk mencemar duli dan turun padang melawat rakyat Kedah yang ditimpa musibah.

Turut hadir bersama adalah pemimpin-pemimpin tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan yang terlibat sama dalam membantu mangsa-mangsa terlibat.

Suasana muhibah sebeginilah yang rakyat inginkan, tanpa melibatkan sebarang polemik dan perselisihan fahaman politik.





YTM Tunku telah perkenan untuk menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah kepada kira-kira 20 keluarga di kampung tersebut yang terlibat dengan kejadian tersebut. Yayasan turut menyumbang wang tunai berjumlah RM30,000 kepada Tabung Bencana Alam Daerah Kota Setar kepada Pegawai Daerah Kota Setar.

Tok Kenari: Rakyat yang dalam kesusahan kerana bencana alam, sama-samalah kita membantu.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...