#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 9 June 2014

#PialaDunia : DS @NajibRazak Jangka Sepanyol Juara #WorldCup2014 #OlaBola


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol akan menjuarai Piala Dunia Fifa 2014 di Brazil.

Perdana Menteri berkata beliau yakin Sepanyol atau pasukan bergelar 'La Roja' itu akan berjaya mempertahan kejuaraan yang diraih mereka pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berdasarkan prestasi cemerlang mereka.

"England ialah pasukan pilihan sentimental saya tapi saya tidak rasa mereka akan pergi jauh kali ini.


"Walaupun saya suka cara Brazil bermain, tetapi saya percaya Sepanyol akan menang," katanya dalam sesi perbualan dengan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan, selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.

Sepanyol akan menentang Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 13 Jun. - Bernama

Tok Kenari: PM DS Najib dah pilih Sepanyol, anda pula?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...