#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 8 June 2014

Parti Liar Di Port Dickson, Ini Pewaris Negara Kita?

Diserbu sertai parti liar

Port Dickson - Seramai 20 remaja termasuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ditahan ketika leka menari dalam parti liar yang diadakan di sebuah bilik hotel di sini, awal pagi semalam. Semua remaja yang datang dari Kuala Lumpur dan Selangor itu, menyewa bilik berkenaan dengan kadar RM1,800 satu malam dan mula mendaftar masuk pada jam 8.30 malam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menerima aduan dan maklumat daripada orang awam dan menjalankan serbuan pada jam 1.50 pagi.

Katanya, ketika serbuan oleh 10 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, sebahagian daripada 13 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, berada dalam keadaan khayal dipercayai kerana menghisap dadah. -Berita Harian

Tok Kenari: Apa nak jadi dengan anak muda kita sekarang ni? Yang ditangkap ni golongan mahasiswa, yang menjadi harapan ibu bapa dan masyarakat untuk menjadi pemimpin negara masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...