#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 11 May 2014

Tahukah Anda: Asal Usul Nama Daerah Larut


Si Larut adalah nama seekor gajah kepunyaan Che Long Jaafar yang dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau, dalam daerah Kuala Kangsar.

Menurut cerita orang tua, tidak lama tinggal di Bukit Gantang, gajah itu hilang selama tiga hari.

Selepas si Larut ditemui, Che Long Jaafar berasa hairan melihat gajahnya disaluti satu bahan yang keras, lalu beliau mengambil keputusan untuk menyelidik ketulan itu.

Che Long Jaafar begitu gembira apabila diketahuinya bahawa ketulan itu adalah bijih timah.

Oleh kerana masyarakat Melayu amat kurang pengetahuan mengenai bijih timah, maka Che Long Jaafar pergi ke Pulau Pinang dan berjaya membawa balik 20 orang Cina ke Larut untuk menjalankan kerja perlombongan. Dipercayai disebabkan peristiwa itu, daerah ini dinamakan sebagai Larut, iaitu mengambil sempena nama gajah Che Long Jaafar.

Lombong yang dibuka oleh Che Long Jaafar di Klian Pauh berjaya menghasilkan bijih timah yang menguntungkan. Sejak itu, ramailah orang Cina datang ke Larut untuk bekerja sebagai pelombong.

Pembukaan lombong bijih timah oleh Che Long Jaafar di kawasan Larut telah membawa masuk imigran Cina secara beramai-ramai sebagai tenaga buruh. Sebelum tahun 1848, hanya terdapat tiga orang Cina di Larut dan jumlah ini bertambah apabila seramai 20 orang diambil dari Pulau Pinang sebagai tenaga buruh.

Kemasukan orang Cina yang datang terus dari Negara China mengingkatkan jumlah penduduk Larut. Pada tahun 1862, jumlahnya meningkat menjadi 20,000 sehingga 25,000 orang.

Sumber : Berita Harian, 11 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...