#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 26 May 2014

MB Kelantan : Pendirian Dyana Mengenai #Hudud Mengelirukan Masyarakat #PRKTelukIntan


Shah Alam – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendirian calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd. Daud menolak hudud adalah lebih mengelirukan masyarakat berbanding pendirian calon Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam.


Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, Dyana Sofea sebagai seorang Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud.

“Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama Islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat,” katanya dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Dyana Sofea terdahulu secara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menolak jika rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Parlimen kelak.

Justeru itu Ahmad berkata, calon-calon PRK Teluk Intan termasuk daripada BN digesa tidak menggunakan hukum hudud sebagai satu modal politik terdesak sehingga menjadikan ia sebagai satu unsur ejekan dan penolakan.

“Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang Islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan. Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut,” katanya.

Dyana Sofea yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ketika diajukan mengenai hukum hudud yang menjadi teras perjuangan PAS memberitahu, gadis itu berkata beliau akan terus mendukung pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan PAS di Parlimen.

Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS.


DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.

Sehubungan itu, Ahmad turut mahu kesemua pihak di negara ini menghormati dasar dan pendirian PAS sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan parti iaitu untuk memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

“Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuh,” ujar beliau.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia sama sekali.

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.

Sumber : Suara.TV 

Tok Kenari: Bagaimana usaha PAS Kelantan nak membentangkan usul pelaksanaan hukum hudud di Parlimen, apabila DAP telah mengatur langkah lebih awal untuk menempatkan wakil rakyat Melayu liberal yang menolak hudud di Dewan Rakyat? Jangan dok gebang yang UMNO/BN menolak hudud sedangkan halangan yang utama adalah dari kalangan pakatan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...