#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 1 November 2013

Malaysia Antara 10 Destinasi Pelancongan Utama Dunia Tahun 2014


Malaysia disenaraikan dalam kalangan 10 destinasi pelancongan utama di dunia bagi 2014 oleh Lonely Planet, penerbitan panduan pelancongan popular global.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi) Chong Yoke Har berkata rangking itu keluar pada masa yang sesuai bagi Malaysia, ketika negara bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Kami gembira dengan ranking ini daripada salah satu penerbitan industri pelancongan paling berwibawa.

"Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menjadi Tahun Melawat Malaysia keempat negara dan dianggar dapat menarik 28 juta pelancong ke negara ini, meraih RM76 bilion daripada perolehan pelancongan," katanya dalam kenyataan.

Lonely Planet menggambarkan Malaysia sebagai 'melancarkan pelbagai daya tarikan baharu', seperti Legoland Malaysia dan taman tema keluarga Hello Kitty di Johor, serta Gaya Island Resort di Pulau Gaya di Sabah.

Taman Burung Melaka yang baru dibuka juga disebut sebagai satu lagi daya tarikan utama.

Malaysia satu-satunya negara Asia yang berada dalam senarai 10 destinasi pelancongan utama itu.

Brazil, Antartica dan Scotland muncul sebagai tiga destinasi paling utama untuk dilawat pada 2014. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...