#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 5 July 2013

Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat


Seramai 9,101 pekerja dan pelajar Malaysia di Mesir disahkan selamat walaupun negara berkenaan menghadapi konflik dalaman membabitkan penyokong dan penentang Presiden Mohamed Morsi sejak sebulan lalu.

Perkara ini disahkan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi BH semalam, selepas menerima laporan mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana. 

Beliau berkata, keadaan terkini di Mesir terkawal selepas pemerintahan negara berkenaan diambil alih oleh tentera sejak kelmarin bagi mengembalikan keamanan. 

“Namun kami menjangkakan keadaan kembali tegang berikutan penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi dikatakan masih tidak berpuas hati dengan tindakan tentera menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin.

“Justeru, kami menasihatkan pelajar dan pekerja Malaysia di sini (Mesir) supaya mengikut garis panduan dikeluarkan kedutaan sebelum ini bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.


Katanya, kedutaan sentiasa memantau perkembangan rakyat Malaysia di sana terutama yang tinggal berdekatan ‘kawasan panas’ seperti di Dataran Tahrir, Dataran Rabaa di Bandar Nasr dan Dataran Al-Nahda di Universiti Kaherah.

“Kami juga meminta pelajar sentiasa berkomunikasi dengan keluarga di Malaysia supaya dapat mengurangkan kebimbangan berhubung keselamatan mereka,” katanya.

Shaiful berkata, pihak kedutaan turut meminta rakyat Malaysia di Mesir untuk tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung konflik di negara berkenaan di laman sosial Facebook mereka untuk mengelakkan salah faham. -Berita Harian

p/s: Terfikir kembali, baguskah Arab Spring ini yang cuba dibawa masuk ke negara kita? Masih belum ambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...