#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 15 July 2013

PRK Kuala Besut: Pelantikan Idris Mampu Membantu Kejayaan BN


Pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bakal mengulangi kejayaan Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai jentera BN mencapai kemenangan dalam PRK Galas.

Tidak timbul masalah jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak sama ada melalui arahan Idris atau Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kerana kedua-dua bermatlamatkan mengekalkan kerusi berkenaan. 

Menjelaskannya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata PAS sentiasa mencari peluang untuk mengadu domba pemimpin UMNO dan pelantikan Idris untuk jawatan berkenaan adalah antara kesempatan yang cuba dimanipulasi parti itu.


“Pada PRK Galas pada 2010, UMNO dan BN dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah PRK berdasarkan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, sedangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Begitu juga dengan Idris dalam PRK Kuala Besut ini. Tidak timbul Ahmad tidak dipedulikan. Saya yakin daerah ini yang pernah menghasilkan nama besar pemimpin seperti Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor akan kekal menjadi milik BN,” katanya selepas taklimat kepada pegawai kementerian itu, di sini semalam.

Sejak kempen bermula Jumaat lalu, PAS menuduh UMNO menghadapi masalah untuk menggerakkan jentera berikutan ada dua nakhoda dalam satu kapal, iaitu Idris dan Ahmad yang didakwa mereka sebagai tidak sebulu. 

Ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan kementerian itu untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi PRK Kuala Besut, Ahmad Shabery berkata, beliau sedih dengan keputusan itu, tetapi tidak mampu memberikan arahan kepada SPR untuk mematuhi cadangan itu.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...