#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 3 May 2013

Apa Juga Cara Untuk Memenangi Persepsi



Dua gambar di atas adalah antara contoh fitnah yang diwujudkan oleh pihak pembangkang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Ini adalah antara kaedah keji yang dilaksanakan asalkan mendatangkan undi kepada mereka dalam PRU akan datang.

Terdesak sangatkah pembangkang? Di manakah perjuangan terhadap rakyat yang diwar-warkan oleh pemimpin mereka, jika secara jelas mereka bermain taktik kotor untuk meraih undi?

Apa jua fakta yang dikeluarkan oleh BN akan dijaja sebagai fitnah kerajaan, tetapi apabila Pakatan pula mengeluarkan fitnah & dakyah jahat, maka terus disebarkan sehinggakan wujud persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.

Rakyat perlu sedar, selama ini pemikiran mereka telah diliwat oleh pembangkang dan dimomokkan dengan pelbagai isu mengarut seperti cincin rosmah, kes altantuya & skandal scorpene, sedangkan tiada pembuktian secara jelas mengenai tuduhan mereka, malah pihak kehakiman / mahkamah sendiri mengatakan tiada kes berhubung perkara tersebut!

Taktik kotor beginikah yang kita mahu bawa ke peringkat pentadbiran kerajaan pusat di putrajaya kelak jika (diulang, JIKA) Pakatan berjaya memenangi majoriti kerusi di Parlimen? Pelik sungguh apabila di setiap ceramah Pakatan, mereka mengatakan rakyat kini sudah cerdik memilih pemimpin mereka, sedangkan pada ketika ceramah itupun rakyat ditipu 'hidup-hidup' mengenai is-isu yang tiada bukti yang sahih!

Untuk semua pengundi di Malaysia, fikirkan sedalam-dalamnya. Buat perbandingan yang realistik terhadap pentadbiran kerajaan BN yang memacu negara ke arah yang lebih baik, dan kerajaan Pakatan di beberapa negeri (serta personaliti & keperibadian pemimpin mereka). 

Fikirkan masa depan negara apabila memangkah kertas undi nanti. Fikir dengan rasional, bukan dengan emosional.

Tok Kenari: Slogan "Ini Kalilah" boleh kita tukar ke "Lain Kalilah"! 1Malaysia Tolak PR & Fitnah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...