#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 18 April 2013

Runtuhnya Akhlak Melayu Kerana DAP


Oleh kerana taksub kepada parti, maka manusia sanggup melakukan pelbagai perkara, sehinggakan ke tahap yang tidak kita terfikirkan sebelum ini.

Sebagai contoh seperti gambar di atas, adakah si pelaku tahu apa hukumnya dalam agama Islam mengenai membuat corak / mencukur sebahagian rambut atau yang disebutkan sebagai Qaza', yang ditegah dan haram di sisi Islam?



Bagi menambah pengetahuan kita atau sekadar peringatan semula kepada mereka yang tahu, di sini Tok Kenari ingin memberikan sedikit ilmu mengenai perbuatan Qaza'.

Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." -Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." -Hadis riwayat Abu Daud.

Jadi, sedarkah orang Melayu kita bahawa jarum halus pihak kafir sudah menunjukkan kesannya, lebih-lebih lagi apabila diserap menerusi kuasa politik. Suatu perkara yang sangat kontra, apabila PAS yang perjuangannya berdasarkan Islam sanggup bekerjasama (kononnya tahaluf siyasi) dengan DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia yang berkonsepkan sosialis tanpa ambil kisah mengenai aspek keagamaan!


Adakah dengan sokongan dan ketaksuban mereka dalam pakatan menjatuhkan kerajaan sedia ada akan menaikkan syiar Islam, atau meruntuhkan cita-cita membangunkan negara Islam menerusi meruntuhkan akhlak dan akidah Muslim secara halus? Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.

1 comment:

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...