#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 21 April 2013

Rakyat Kedah Bangkit Bersama BN! #SaveKedah


Perjuangan untuk memartabatkan Barisan Nasional di Kedah disahut oleh seorang bekas guru dan dua anak muridnya merupakan tiga calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.

Akhirnya rakyat Kedah bangkit dari terus ditipu oleh PAS. Selama ini penipuan licik PAS yang kononnya mereka mendokong ISLAM sedangkan PAS sememangnya parti munafik yang telah memecahbelahkan umat Islam.

Mohd Mukhtar Noor diumumkan bertanding di kerusi DUN Bukit Pinang manakala calon Parlimen Pokok Sena Datuk Shahlan Ismail dan calon DUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin pernah menjadi anak muridnya.

Shahlan berkata beliau dan Ahmad belajar di Sekolah Menengah Kebangsaaan Pokok Sena di mana Mohd Moktar mengajar mereka subjek Geografi pada 1971 hingga 1973.

Sesuatu yang amat membanggakan apabila beliau dan Ahmad akan berganding dengan guru mereka sendiri untuk berjuang bersama-sama BN bagi merampas kembali ketiga-tiga kerusi yang BN kalah pada pilihan raya umum 2008 dan Kedah daripada pakatan pembangkang.


"InsyaAllah kami akan bersama-sama berjuang untuk rakyat. Sebab itu kami letakkan pendidikan sebagai fokus yang penting dan perjuangan kami untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena dekat sini hari ini.

Mukhtar akan bertanding satu lawan satu dengan calon PAS Wan Romani Wan Salin manakala Shahlan akan menentang Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang kerusi Parlimen itu. 

Ahmad Lebai Sudin pula akan bertemu calon PAS Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki yang juga penyandang kerusi DUN tersebut.

Kredit to kedahan69ers

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...