#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 7 April 2013

Mat Sabu Mahu Batal MoU LIMA



Pembangkang terus memperlihatkan kebencian terhadap kejayaan negara apabila menyatakan hasrat untuk membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika berjaya menawan Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, LIMA 2013 yang berlangsung baru-baru ini merupakan medan terakhir kerajaan untuk ‘mencuri duit rakyat’ selain menyatakan sebahagian daripada hasil urus niaga yang berlangsung ketika itu akan menjadi milik pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana perjanjian ini baru (peringkat) MoU, belum lagi agreement, kita ambil alih Putrajaya bulan hadapan, kita tolak perjanjian ini. Kalau agreement kita tak boleh buat apa, kalau MoU kita boleh kaji semula," katanya semasa berceramah di Bandar Baru Uda di sini malam tadi.


Ternyata, pimpinan pakatan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat, sedangkan sebelum ini, kerajaan telah pun menjelaskan bahawa semua MoU itu dimeterai antara syarikat-syarikat swasta sahaja.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan sebelum itu menegaskan, sebagai contoh MoU antara DRB-Hicom Bhd. dengan sebuah syarikat Sweden, Saab AB (Saab) melibatkan berbilion ringgit tidak berkaitan dengan kerajaan yang hanya bertindak sebagai saksi MoU itu ditandatangani.

Dalam ceramah yang hanya dihadiri kira-kira 200 orang itu, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengulangi janji terkandung dalam manifesto pembangkang termasuk pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Terdahulu, di pentas yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat spekulasi baharu dengan meramalkan tarikh pengundian PRU-13 akan jatuh pada 11 Mei dan pembentukan kerajaan adalah pada 13 Mei sambil menyifatkan teori itu sebagai taktik kerajaan BN menakutkan rakyat. -Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Kerajaan BN berusaha membeli peralatan perang untuk mempertahankan negara, Mat Sabu pulak rancang nak batal MOU tu. Bagaimana tanggapan para pelabur asing terhadap PR yang ingin bercita-cita menguasai Malaysia. MOU boleh pakai buang sebegitu.

    Di kala negara memerlukan teknologi perang sebagai persediaan menggerunkan musuh-musuh negara, Mat Sabu plak menentang pembelian senjata. Dulu dia sokong Al Maunah, lepas tu sokong komunis Mat Indera, lepas tu dia sokong Syiah Syria, kalau tak menang dia nak merusuh di jalanan. Kini dia sokong pengganas Kiram dan mempeleceh pasukan keselamatan.

    Mesti ada apa-apa ni...?

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...