#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 29 April 2013

Anwar Wajib Perjelaskan!


Bekas sahabat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib memberikan penerangan kepada rakyat tentang tabiat seks pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuan Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, langkah itu penting bagi memastikan rakyat tidak terus ditipu oleh sikap Anwar yang bermuka-muka dan menjadikan Islam sebagai topeng.

Katanya, pendedahan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar dan Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba perlu dipandang serius oleh semua pihak.

"Saya tidak pelik dengan pendedahan tersebut kerana mereka berdua amat rapat dengan Anwar, jadi mereka pastinya sudah menyedari perubahan dan sikap Anwar.

"Bagi saya bukan setakat pendedahan saja tetapi wajib bagi mereka berdua menyampaikannya kepada rakyat supaya rakyat benar-benar mengetahui sikap sebenar Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia.

Mohd. Zawawi berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Chandra mengenai sebab utama beliau meninggalkan Anwar adalah tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.


Pada masa yang sama, Sidek mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Mohd. Zawawi berkata, negara dan Islam akan hancur sekiranya Anwar diberi peluang untuk berkuasa kerana beliau dengan mudah akan diperkotak-katikkan musuh.

"Islam menolak pemimpin yang mempunyai masalah moral tambahan bukti-bukti mengenainya semakin jelas dan nyata.

"Orang yang mempunyai masalah seperti ini akan mudah menjadi mangsa peras ugut, jadi untuk menyelamatkan diri, dia akan melakukan apa saja, cuba bayangkan sekiranya Anwar memerintah dan rahsia dia dipegang oleh musuh negara," katanya. -Utusan

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...