#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 30 March 2013

Santai: Anugerah Terbaik Sepanjang Zaman


Anda jangan tak tahu, Sambutan Hari Tandas Sedunia disambut pada setiap 19 November setiap tahun di seluruh dunia.

Anda jangan pulak buat-buat terkejut, di Malaysia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di Hotel Crowne pada 22 November 2012 yang bertemakan “Tandas Bersih, Kesejahteraan 1Malaysia”. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan sambutan ini sejak tahun 2001 lagi.

Siaran Media mengenai perkara ini boleh baca >>DI SINI<<

Nak memeriahkan sambutan tersebut, KPKT telah menganjurkan pertandingan “Anugerah Tandas Bersih-1Malaysia”. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemilik-pemilik tandas awam di atas usaha dan inisatif mereka mengwujudkan model tandas bersih sebagai contoh kepada tandas-tandas yang lain.

Kategori tandas yang dipertandingkan terbahagi kepada 10 kategori iaitu:
1. Tandas awam PBT (Bandaraya/Perbandaran)
2. Tandas PBT (Daerah)
3. Tandas Pusat Beli Belah
4. Tandas Hentian Awam
5. Tandas Kawasan Pelancongan
6. Tandas Kedai Makanan/Restoran
7. Tandas Sekolah Menengah
8. Tandas Sekolah Rendah
9. Tandas IPTA/IPTS
10. Tandas Pejabat Kerajaan

Tapi anda jangan terkejut, ada lagi "Anugerah Terbaik Sepanjang Zaman" berkaitan tandas yang belum pernah didedahkan, iaitu :

TEMPAT KETIGA:
Tandas Man Laksa

TEMPAT KEDUA: 
Tandas Bujang Lapok

ANUGERAH TERBAIK TANDAS SEPANJANG ZAMAN:
Tandas PAS Kawasan Kapar

Dan diselitkan pula dengan,

ANUGERAH KHAS JURI
Aiskrim Jamban Azmin

1 comment:

  1. SADIS BETUL LAA KO KENARI..HUHUHUHU BERGULING-GULING AKU GELAK

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...