#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 21 March 2013

Insaniah: Campur Tangan Politik Pas



UMNO Kedah mendakwa tindakan Unit Amal Pas menghalang seramai 10 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) daripada memasuki kampus tersebut selepas dikenakan surat tunjuk sebab bulan lalu seolah-olah menggambarkan parti itu membudayakan samseng.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang terlibat adalah masih lagi kakitangan Insaniah yang sah.

Beliau berkata, Pas Kedah juga dilihat telah mula mencampuri urusan parti berkenaan ke dalam pengurusan Insaniah.

"Saya nampak apa yang berlaku di majlis anjuran Insaniah baru-baru ini seolah-olah ada campur tangan politik oleh Pas sendiri. Banyak insiden yang berlaku pada hari tersebut. Ada juga kakitangan Insaniah yang nak masuk ke program itu telah dihalang oleh Unit Amal."

"Kalau dia nak kawal semasa ceramah Pas, bolehlah, tapi dia kawal Insaniah pula. Apa kuasa dia (Unit Amal) nak kawal Insaniah? Pada saya, insiden ini begitu mengecewakan semua kakitangan Insaniah yang terlibat. Mereka telah dihalang masuk ke kampus tersebut walhal mereka masih lagi kakitangan Insaniah."

"Gambar-gambar mereka juga telah diedarkan kepada semua Unit Amal yang bertugas untuk memastikan wajah-wajah ini tidak memasuki ke kawasan kampus semasa program sedang berlangsung. Ini satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada sidang media selepas menyempurnakan program Himpunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 10 kakitangan Insaniah dihalang memasuki kampus Kuala Ketil selepas dikenakan tindakan surat tunjuk sebab bulan lalu.

Menurut laporan itu, Penolong Pendaftar Kanan Insaniah, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata, kakitangan terbabit menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Anugerah Jasamu Dikenang, yang dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertempat di Dewan Besar Insaniah.

Bagaimanapun, mereka yang dikenakan tindakan surat tunjuk sebab tidak dibenarkan masuk ke kampus oleh pengawal keselamatan Insaniah.


p/s: Lagi berita mengenai Insaniah di http://beritakuin.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...