#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 4 March 2013

Bantahan Balak: Mana MB, Mana YB?



Satu demonstrasi aman bagi membantah aktiviti pembalakan secara melampau di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling telah diadakan sekitar jam 4.00 petang semalam di Kg. Bukit Hijau, Kupang. Himpunan demonstrasi aman ini disertai kira-kira 60 orang penduduk setempat yang rasa tidak puas hati dan rasa tertindas di atas aktiviti pembalakan ini. Kononnya pembalakan ini adalah untuk memberi ruang kepada pembangunan Ladang Sejahtera.




Selain kesan kerosakan kepada alam sekitar dan jalan raya untuk kegunaan awam, kerajaan Pas Kedah perlu menilai semula projek ini kerana kesan pencemarannya kepada penduduk tempatan terutamanya kepada sumber air. Penduduk yang terlibat bukannya melibatkan penyokong BN sahaja, bahkan penyokong Pas pun ramai. Dan yang pastinya, mereka yang menjadi mangsa semuanya adalah orang Melayu kita juga.

Penduduk dikenakan caj ukur tanah oleh Exco, tapi mana hasilnya?
Kesan pencemaran air. Anda sanggup minum 'teh tarik' ini?
Masih adakah lagi pemandangan sebegini untuk anak cucu kita di masa hadapan?

p/s: Katanya Kedah Sejahtera, buat Ladang Sejahtera, untuk kesejahteraan rakyat.. bla, bla, bla, bla.. boleh blah la wei lepas ni!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...