#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 31 March 2013

Perancangan Mencetuskan Kekecohan Di Pusat Mengundi!


Makin hampir dengan PRU13 semakin banyak pekung cuba dibuka oleh pihak pembangkang kepada kerajaan. Namun di atas kuasa Allah SWT segala percubaan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dilihat terpalit ke atas batang hidung sendiri.

Waspada Dengan Taktik Jahat Pembangkang!


Taktik terbaru PR yang diterima... 

Kurang seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan nama-nama NGO, PR akan mula masuk ke taman-taman perumahan dan kampong-kampong untuk KONON nak ajar kaum-kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari. 

Saturday 30 March 2013

Sidek Baba Masih Bersama Anwar Sekiranya...


Tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak akan meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Ketua Pembangkang itu bebas daripada salah laku moral kerana mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, selaku bekas pelajar Sidek, beliau cukup mengenali integriti serta ketinggian prinsip pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam mencari kebenaran sebelum membuat keputusan.

Santai: Anugerah Terbaik Sepanjang Zaman


Anda jangan tak tahu, Sambutan Hari Tandas Sedunia disambut pada setiap 19 November setiap tahun di seluruh dunia.

Anda jangan pulak buat-buat terkejut, di Malaysia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di Hotel Crowne pada 22 November 2012 yang bertemakan “Tandas Bersih, Kesejahteraan 1Malaysia”. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan sambutan ini sejak tahun 2001 lagi.

Friday 29 March 2013

Mufti Kedah: Perwira Yang Gugur Adalah Syahid Akhirat


Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.

Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama. Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Dipaksa Lafaz Baiah Cerai Isteri!


"Wabillahi, Watallahi.. sekiranya aku belot atau undur daripada perjuanganku dan tidak taat kepada pemimpinku, nescaya jatuh talak ke atas isteriku"

Begitulah petikan baiah yang dilafazkan oleh Shaidi Hussin, 45, yang dilakukan di hadapan ketuanya pada 1995 di sebuah dewan di Bangunan PAS di Kota Bharu.

Thursday 28 March 2013

Nalla: Anwar Perlu Minta Maaf


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berhubung penyebaran pelbagai video serta gambar yang menimbulkan persoalan mengenai tahap moral pemimpin itu.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar tidak boleh lagi berselindung di sebalik proses undang-undang dan menyaman pelbagai pihak yang mendedahkan perkara itu di laman web dan media.

Nallakaruppan Diugut Bunuh!


Senator Datuk S Nallakaruppan membuat laporan polis semalam mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan serta boleh mengancam nyawanya.

Sebelum ini, beliau pernah membuat beberapa laporan polis selepas menerima lebih lima ugutan daripada individu tidak dikenali.

Wednesday 27 March 2013

Santai: Berapa Lama Mau Tunggu Daa..?




"Terima Kasih Kerana Menjaga Sabah"


"Terima kasihlah Kerajaan Malaysia kerana menjaga kesejahteraan Sabah selama 50 tahun. Sekarang kami datang menuntutnya semula."

Demikian antara kata-kata pengganas yang menceroboh Sabah ketika perundingan dengan pasukan keselamatan pada awal pencerobohan mereka di Kampung Tanduo awal Februari lalu.

Tuesday 26 March 2013

Tentera Jaga Sempadan Jangan Leka!


Anggota tentera yang bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand diingatkan agar sentiasa waspada dengan sebarang kemungkinan sekalipun keadaan di situ aman.

Panglima Dua Divisyen Mej Jen Datuk Azizan Md Delin turut meminta anggota pasukan keselamatan di sempadan itu mengambil iktibar kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Dalam menjaga keselamatan negara ini tidak boleh leka kerana pasti ada pihak yang berniat jahat mahu menyelinap masuk ke negara ini sama ada untuk melakukan jenayah mahupun menggugat kedaulatan negara, katanya.

Komplot Bunuh Dr. Mahathir Didedah!


PASIR PUTEH: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pimpinan UMNO dibunuh.

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini.

Pertukaran Lambang Boleh Timbulkan Konflik


Penganalisis politik berpendapat sekiranya DAP bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 akan datang, akan menimbulkan konflik dalam Pas terutama di bahagian akar umbi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, DAP sememangnya mempunyai pilihan menggunakan mana-mana lambang dalam parti komponen pembangkang, namun langkah itu dijangka akan memberi kesan kepada imej Pas sebagai parti Islam.

Monday 25 March 2013

Geran RM5,000 Untuk Beli Exora!



PUTRAJAYA - Seramai 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata semua pemandu teksi yang menerima lesen individu itu wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.

"Ia satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan pemandu teksi dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang," katanya pada majlis pemberian lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Insiden Lahad Datu: Mesej Bercelaru Pembangkang


Rakyat Malaysia tidak faham apa yang sedang bermain di fikiran pakatan pembangkang mengenai isu pencerobohan di Sabah. Mesej-mesej yang datang sama ada daripada pemimpin atau ahli pembangkang apabila mengulas isu ini sungguh bercelaru. Ada kalanya tidak menentu.

Difahamkan ruang dan peluang secukupnya telahpun diberikan kepada penceroboh. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia sering berhubung dengan pihak berkuasa Filipina demi menentukan wujudnya kerjasama dan kesefahaman dalam menangani masalah yang melibatkan pemberontak.

Akibat Langgar Bai'ah Pas!


Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Saidi Hussin (gambar) mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Saidi, 45, memberitahu talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

Sunday 24 March 2013

Keluar Pakatan, Masuk Barisan!


Seramai 72 ahli dan penyokong Pas Taman Tunku Yaakub dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Borang keahlian untuk menyertai UMNO itu diserahkan oleh wakil kepada 72 orang bekas penyokong kuat Pas kawasan tersebut, iaitu Nazman Baharum.

Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47, berkata, mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu.

Siapa Dalang Insiden Lahad Datu?






Sebagai seorang RAJA SAMAN di Malaysia, sebelum ini Anwar Ibrahim dilihat hanya berani menyaman akhbar media perdana. Kini taraf Anwar lebih rendah daripada itu bila hanya berani saman blogger.

Persoalannya, jika menyaman orang lain adalah cara untuk Anwar Ibrahim bersihkan dirinya, kenapa dia tak saman media luar negara? Adakah kerana apa yang didedahkan tersebut adalah BENAR?

Bagaimana pula penglibatan beliau dalam konspirasi ini? Baca selanjutnya di >>SINI<<.

p/s: Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai perkara ini wajar diadakan disegerakan!

Siapa Bawa Duit Banyak Ke Manila?



Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine. ABC, CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Santai: Lagu Khas Kepada Tian Chua!


Satu lagu khas dibuat khas sebagai menandakan kasih & sayangnya rakyat kepada Tian Chua. Saksikan hasil daripada LensaKini seperti di bawah atau klik SINI untuk video penuh.


Saturday 23 March 2013

Ayuh Sertai Kempen Earth Hour 2013!


Tok Kenari ingin menyeru dan mengajak semua rakan-rakan dan pembaca untuk sama-sama menyahut kempen Earth Hour yang akan bermula malam ini, jam 8.30 malam.

Mudah sahaja, bermula jam 8.30 malam ini, kita diajak untuk memadamkan semua lampu & peralatan elektrik yang tak perlu selama 1 jam sahaja. Selain kita dapat menjimatkan & mengurangkan bil elektrik kita, kita secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan pencemaran & pemanasan global.

Dalam tempoh 1 jam tu, apa kata kita bersama ahli keluarga & rakan-rakan menikmati panorama malam & alam sekitar, berlatar belakangkan bunyi unggas & cengkerik.. menarik tu kan?


Bersama-samalah kita menjaga bumi kita ini. Kalau bumi dah tak selamat, di mana lagi kita nak tinggal?


Agenda DAP Di Perak Belum Selesai


Sejak berbulan dulu tersebar propaganda bahawa tidak ada tanda-tanda DAP akan kehilangan Pulau Pinang (PP) dalam PRU13. Cakap-cakap, “pengundi Cina tidak akan biarkan kerajaan Cina tumbang seperti di Perak,” sudah menjadi sesuatu yang cukup lumrah kedengaran, terutama mereka yang bersekongkol dengan DAP.

Perubahan atau setidak-tidaknya penggiliran yang dituntut pengundi Melayu tidak mungkin berlaku jika mereka bersatu 100 peratus sekalipun kerana bagi pengundi Cina, Pulau Mutiara adalah hak mereka. Ia disahkan lagi dengan terdirinya kerajaan DAP di negeri itu selepas 2008.

Friday 22 March 2013

Insaniah: Mana Kediaman Pelajar?

Antara barangan ditinggalkan pelajar dalam dewan besar Insaniah sementara menunggu ditempatkan di asrama.


Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) kecewa kerana mereka masih tidak mendapat penginapan apabila mendaftar di kampus Kuala Ketil bagi memulakan pengajian, semalam.

Penuntut pengajian Kulliyyah Muamalat (tahun tiga), Musab Habib berkata, setiba pelajar ke kampus kelmarin untuk pendaftaran, mereka dikejutkan dengan pengumuman disuruh berpindah ke luar kampus kerana asrama tidak siap.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum ini pengurusan Insaniah berjanji pelajar yang dipindahkan dari kampus Alor Setar dan Sungai Petani akan menduduki asrama sebaik tiba bagi memulakan pengajian,” katanya.

Sabah Diceroboh: Tertuduh Dakwa Diupah


Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Thursday 21 March 2013

Insaniah: Campur Tangan Politik Pas



UMNO Kedah mendakwa tindakan Unit Amal Pas menghalang seramai 10 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) daripada memasuki kampus tersebut selepas dikenakan surat tunjuk sebab bulan lalu seolah-olah menggambarkan parti itu membudayakan samseng.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang terlibat adalah masih lagi kakitangan Insaniah yang sah.

Beliau berkata, Pas Kedah juga dilihat telah mula mencampuri urusan parti berkenaan ke dalam pengurusan Insaniah.

Wednesday 20 March 2013

Ahli Politik Yang Sekadar 'Touch N Go'!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang, disifatkan sebagai ahli politik ‘touch n go’ kerana amalan suka berpindah-randah kawasan Parlimen setiap kali pilihan raya umum (PRU). 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata berdasarkan rekod, Kit Siang tidak pernah berada di sesuatu kawasan untuk tempoh lama kerana dia bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi mandat, sebaliknya demi kelangsungan partinya. 

“Jika dilihat pada rekodnya, dia tidak akan kekal pada sesuatu kerusi yang dimenanginya. Secara dasarnya, dia adalah ahli politik ‘touch n go’,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam. 

Insiden Lahad Datu: Hanya Orang Gila Tuduh Sandiwara


Pihak yang berterusan mendakwa pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai sandiwara boleh dianggap sebagai individu sakit otak yang perlu menjalani rawatan mental.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, mengecam sikap negatif itu mencabar mereka termasuk sesetengah ahli politik yang cuma pandai bercakap supaya turun sendiri ke medan perang untuk menilai sendiri apa yang berlaku.

Tuesday 19 March 2013

Pelaksanaan ESSCOM Dimulakan Di Felda Sahabat


Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

Monday 18 March 2013

Sandiwara Yang Amat Meloyakan!


Ketika kemarahan umum terhadapnya semakin meluap, Tian Chua tidak mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan pencerobohan sepasukan pengganas ke atas Lahad Datu, Sabah.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Naib Presiden PKR itu menegaskan beliau mahu membela diri bagi membersihkan namanya atas tuduhan yang dianggap sebagai berunsur politik.

Sunday 17 March 2013

Pas Lebih Besar Berbanding DAP



Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan bertanding lebih kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding peruntukan lima tahun yang lalu.

Ia sekali gus dikatakan lebih besar berbanding kerusi yang ditandingi DAP.

Insiden Lahad Datu: Lagi Pendedahan Oleh Media Asing


Selepas laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, media Filipina sehinggalah media Kanada, semuanya menceritakan perkara yang sama, iaitu penglibatan pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pemberontak bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Terbaru, portal Alternative Thai turut mengeluarkan laporan yang sama mengenai insiden ini yang turut menggambarkan penglibatan pihak luar/asing dan proksi mereka di dalam negara.

Friday 15 March 2013

Santai: Peluang Pembangkang Memenangi Kerusi

Menerusi konvensyen mega yang telah diadakan, didapati Pakatan Rakyat berpeluang untuk merebut banyak kerusi dalam PRU akan datang. Nak tahu jumlahnya, jom kira kat gambar di bawah!


p/s: Semakin dibuat konvensyen, makin banyak pulak kerusi kosong

Thursday 14 March 2013

Insiden Lahad Datu: Apa Kaitan Kapal Perang US Dengan Pemberontak Sulu?

Kapal canggih seperti ini boleh tersangkut dengan terumbu karang?

Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Fahami Sejarah Terlebih Dahulu!


Setiap ahli politik di negara ini perlu memahami sejarah sebelum memberikan sebarang kenyataan berkaitan fakta sejarah.

Prof Emeratus Tan Sri Khoo Kay Kim berpendapat, tindakan sesetengah ahli politik mengeluarkan kenyataan yang salah boleh menyebabkan berlakunya kepincangan terutama dalam kalangan mereka sendiri.

Wednesday 13 March 2013

Jangan Perlekeh Pasukan Keselamatan Negara


Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali memperlekeh atau memperkecil kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

Tuesday 12 March 2013

Pelajar Di Luar Negara Doakan Keselamatan Untuk Sabah

Gambar Hiasan

Hampir seribu pelajar Malaysia di sembilan daerah seluruh Mesir mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara dan keselamatan anggota keselamatan di Sabah.

Muhamad Rafiq Azman, pelajar yang menuntut di Kaherah memberitahu Bernama, di tempatnya, kira-kira 50 pelajar telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin selepas solat Maghrib.

Monday 11 March 2013

205 Laporan Polis Terhadap Tian Chua!


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Saturday 9 March 2013

Insiden Lahad Datu: Gesa Haramkan Tian Chua Jejak Kaki Ke Sabah!


LAHAD DATU: Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.

Friday 8 March 2013

Apa Kaitan Insiden Lahad Datu dan Kes Liwat 2?

Selepas gagal dalam meraih sokongan kerana insiden Lahad Datu telah meragut nyawa, PKR muncul dengan satu isu lama yang diperhangatkan iaitu kes Liwat 2.

Apakah persamaan antara kedua-duanya? Lihat poster di bawah:


Santai Pagi : U Ulang I Saman!


Tukang tanya: Nak tanya, boleh?

Si A: Silakan..

Wednesday 6 March 2013

Konspirasi Lahad Datu: Pendedahan Oleh Pembangkang Sendiri!


Dunia siber politik sekali lagi 'bertempur' semenjak berlaku pencerobohan 'tentera' Sulu bersenjata ke Lahad Datu. Kemudian beberapa berita dari dalam dan luar negara telah menyatakan bahawa kemasukan 'tentera' ini berlaku kerana perancangan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi beberapa 'trip' ke Filipina. Kemungkinan besar adalah untuk berunding dengan puak Sulu dan MNLF untuk menuntut hak mereka ke atas bumi Sabah.

Santai: Gelagat Si Sesumpah


Tok Kenari: Jelas pemimpin ini sangat pandai memanipulasikan penontonnya demi menarik undi. Jika begini sikap pemimpin keturunan sesumpah, agaknya bagaimana la dia nak mentadbir negara kelak sebagai PM boneka DAP?

Tuesday 5 March 2013

Insiden Lahad Datu: Kenyataan Penuh PM


Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 

Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 

Krisis Sabah Boleh Diselesaikan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin krisis di Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan lalu ekoran pencerobohan warga Filipina dan telah mengorbankan lapan anggota polis Malaysia setakat ini, dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu kata beliau, keselamatan penduduk di Sabah adalah "keutamaan kita".

"Marilah kita berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan kita dan berharap situasi ini boleh diselesaikan dengan segera," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...