#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 7 February 2013

Salahkah Hadir Ke Program Kerajaan?


Meskipun berbeza fahaman politik, UMNO Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyertai program Kerajaan Pusat baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dalam Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Azizan telah menunjukkan kematangannya dalam berpolitik kerana tahu memisahkan antara perkara yang melibatkan keuntungan negara dan politik.

"Ini politik matang. Orang yang menuduh beliau yang tidak matang. Azizan orang lama dan tahu perkara yang perlu ditolak atau diberi sokongan".


"Tiada asas untuk memarahinya. Beliau pun rakyat Malaysia dan mahu negara ini indah dengan mewujudkan semangat kesukarelaan. Hendak mewujudkan kesukarelaan ini tidak perlu UMNO atau Pas tetapi melibatkan semua orang. Dia pun cakap datang bukan kerana sokong Barisan Nasional (BN) tetapi menyokong program My Beautiful Malaysia," katanya di sini lagi.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak dalam Pas yang dikatakan tidak berpuas hati dan berang dengan Azizan yang dilihat menyertai UMNO dan BN dalam program My Beautiful Malaysia Ahad lalu.

Menurut blog Kedahan69ers, tindakan Azizan memakai baju kemeja bertulis 1M4U ketika program pelancaran itu juga menimbulkan kemarahan sesetengah ahli parti itu. -Utusan Malaysia

Artikel lain berkaitan >>SINI<<

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...