#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 10 February 2013

Rakyat Bangkit Selamatkan Kedah!


Kuala Nerang: 'Rali Selamatkan Kedah' yang disertai 5,000 rakyat negeri ini, adalah amaran kepada kerajaan PAS Kedah supaya tidak menutup kepincangan isu pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Pedu dekat sini.

Perhimpunan anjuran Jaringan Gelombang Merah Kedah itu mendesak kerajaan PAS Kedah menghentikan pembalakan di kawasan itu serta-merta.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata jumlah kehadiran itu memadai untuk menunjukkan kepada kerajaan PAS Kedah bahawa rakyat belum melupakan isu itu dan mereka mahu tindakan segera diambil. 

Mereka dakwa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar diperoleh Mac sedangkan pembalakan sudah dilaksana," Mahadzir Khalid, ADUN PeduKatanya, aktiviti pembalakan berkenaan menimbulkan pelbagai musibah termasuk kesan sampingan yang akan dihadapi oleh penduduk berhampiran.


Beliau berkata, semua pihak sedar pembalakan itu mendapat liputan meluas media selain tujuan perhimpunan itu membuktikan wajah sebenar kerajaan negeri yang selama ini mengaku memperjuangkan nasib rakyat.

“Mereka (kerajaan negeri) mendakwa pembalakan itu bagi menggantikannya dengan tanaman buah-buahan seperti anggur, sekali gus melaksanakan projek ladang rakyat. Kerajaan negeri turut menyatakan ia bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana projek terbabit.

“Alasan itu langsung tidak relevan. Adakah mereka sedar bahawa pelancong asing datang ke negara ini bukan nak tengok anggur kerana di negara mereka banyak tanaman berkenaan. “Mereka datang untuk melihat kehijauan, flora dan fauna. Seharusnya kerajaan negeri memelihara hutan ini bukan menggondolnya,” katanya di sini, semalam.

Penyanyi Zainal Abidin turut hadir bagi memberi sokongan

Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Datuk Seri Mahadzir Khalid, berkata pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri adalah berkonsep ‘cuci mangkuk’ kerana menebang pokok tidak mengira saiz ditetapkan.

Katanya, beliau mengakui ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), pihaknya ada menjalankan aktiviti pembalakan, namun semua pokok diukur sebelum proses pembalakan dilakukan.

“Apa yang menghairankan, mereka (kerajaan negeri) mendakwa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Laporan EIA) diperoleh Mac ini sedangkan pembalakan sudah dilaksanakan. 

“Ia menunjukkan mereka cuba memperdayakan rakyat khususnya penduduk di kawasan Pedu,” katanya. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...