#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 9 February 2013

Eh! Kenapa Letak Jawatan?



Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada berkhidmat dengan wakil rakyat DAP itu kerana hilang kepercayaan ke atas bekas majikannya itu.

Jafrei Nordin, 41, mendakwa bekas majikannya mempunyai pandangan keterlaluan terhadap beberapa pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

"Semasa saya dilantik menjadi pegawai khasnya pada 2008, saya meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau dan telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menaja program anjurannya.

"Semua itu dilakukan secara ikhlas untuk menyokongnya tetapi kini saya telah hilang keyakinan setelah melihat wajah sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pandamaran itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Jafrei turut menunjukkan sekeping surat pengesahan pelantikannya sebagai Pegawai Khas kepada Ronnie bagi membuktikan beliau pernah bertugas dengan Exco Selangor itu.

Mengakui mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Ronnie ketika itu, Jafrei yang mula berjinak-jinak dengan DAP apabila menjadi aktivis parti itu pada 2005 berkata, selepas setahun berkhidmat, beliau mula mengesan sikap keterlaluan Ronnie walaupun seringkali mendakwa DAP bukan parti perkauman.

Jafrei turut mendakwa Ronnie pernah membuat beberapa dakwaan serius berkaitan keadaan fizikal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isu moral yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa tidak membuat sidang akhbar untuk mengumumkan peletakan jawatannya itu di Selangor, Jafrei berkata, beliau terpaksa membuat keputusan itu kerana memikirkan faktor keselamatannya dan keluarga, malah turut teragak-agak ketika wartawan meminta nombor telefonnya.

Menurutnya, sikap Ronnie yang berdiam diri apabila tidak menjawab tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga telah menjadi faktor dia meletak jawatan.

"Sehingga kini, saya masih dihujani pelbagai panggilan telefon daripada penduduk setempat yang mengadu tentang masalah yang masih tidak selesai walaupun sudah hampir lima tahun mereka memerintah Selangor," katanya.

Sementara itu di SELANGOR, Ronnie ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan dengan memberi alasan adalah menjadi polisinya untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada Utusan Malaysia. -Utusan Malaysia


p/s: Semakin ramai pemimpin & pengikut Pakatan yang meninggalkan Pakatan, tak kira dari PKR, DAP mahupun PAS.. tak tahu la sama ada mereka ini golongan yang kecewa (kebiasaannya alasan orang keluar / lompat parti), ataupun mereka rasa bermaruah untuk keluar sebab merasakan perjuangan asal Pakatan sudah terpesong dari membela rakyat. Nak membela rakyat atau membela Anwar & the geng?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...