#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 6 February 2013

Azizan Bagi Penampaq Kat PAS Kedah!



Azizan Abdul Razak sekali lagi membuatkan ramai penyokong PAS yang menahan geram. Apakan tidak, pada 3 Februari dalam satu program Kerajaan Persekutuan, 'Beautiful Malaysia', Azizan Abdul Razak ada sekali. Dan lebih penting lagi, Azizan mengamalkan politik muafakat dan mengenepikan ideologi politik apabila membabitkan negara. Sedangkan para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya orang PAS, tidak pernah faham apa itu politik muafakat sebaliknya lebih cenderung untuk mengikut semua ajaran DAP dan PKR, khususnya Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. 

Baju 1M4U yang tertera jelas pada bahagian dada, menjadikan Azizan Abdul Razak sebagai sasaran terbaru selepas Nasharuddin Mat Isa. Dan kebetulan pula, Nasharuddin Mat Isa merupakan rakan sekutu utama Azizan Abdul Razak.

PAS yang paling kuat mencakar tanah dengan gelagat Menteri Besar Kedah itu adalah PAS Kuala Kedah. Kemarahan mereka dihamburkan kepada Azizan Abdul Razak dengan gelaran 'BARUA'. 

Sebelum ini mereka telah menerima arahan agar tidak menghadiri majlis tersebut serta mana-mana majlis yang dianjurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimanapun, Azizan Abdul Razak kata mereka, seperti tidak tertakluk dengan arahan tersebut. Sudah beberapa kali Azizan terlibat dalam majlis-majlis anjuran UMNO dan Barisan Nasional. Malahan Azizan sendiri menunjukkan sikap terbukanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Tidak itu sahaja, dalam satu majlis tidak lama dahulu, Azizan telah mengiktiraf Tun Dr. Mahathir, musuh utama PAS sebagai perwira negara. 

Azizan Abdul Razak sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan para pemimpin UMNO Kedah, khususnya bekas Menteri Besar, Mahdzir Khalid. Biarpun di Dewan Undangan Negeri Kedah, kerapkali Mahdzir Khalid mengkritik pentadbiran Azizan Abdul Razak, namun ramai yang tahu, Azizan Abdul Razak sebenarnya mendapatkan khidmat nasihat daripada Mahdzir Khalid dan lebih mempercayai bekas Menteri Besar Kedah dari parti yang menjadi musuh PAS berbanding pegawai-pegawainya sendiri. 

Ramai yang percaya, peralihan tumpuan Azizan Abdul Razak daripada terlalu bergantung kepada pegawai-pegawainya serta para pemimpin PAS berpunca daripada pelbagai penyelewengan dan kerosakan di Kedah yang telah mereka lakukan. Kes pembalakan di Pedu, merupakan titik tolak Azizan mendapatkan nasihat daripada Mahdzir Khalid walaupun Azizan Abdul Razak sudah terlewat dan kerosakan yang dilakukan akibat keserakahan pemimpin-pemimpin PAS Kedah sudah tidak dapat dikawal atau dibendung. 

Hanya kerana baju yang dipakai, PAS Kuala Kedah akan mengajar Azizan Abdul Razak. Menurut beberapa orang pemimpin PAS Kuala Kedah, Azizan Abdul Razak sudah berbeza. Masa mula-mula naik jadi Menteri Besar, cakapnya lain tetapi sekarang cakap sudah lain. PAS Kuala Kedah akan melakukan perbincangan dengan PAS Sungai Limau supaya Azizan Abdul Razak kalah pada PRU kali ini. 

Seandainya Azizan Abdul Razak kalah, maka, peluangnya untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekali lagi akan berkecai. ADUN Kubang Rotan sekarang ini dilihat sebagai orang yang paling berpeluang besar untuk mendapat jawatan Exco memandangkan persekongkolannya dengan Phahrolrazi Zawawi, Exco Kedah yang diketahui sangat bercita-cita besar untuk jawatan yang sedang disandang oleh Azizan Abdul Razak.

sumber : kedahan69ers
nukilan berkaitan sebelum ini >>KLIK<<

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...