#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 5 February 2013

Apa Status Pejuang Memali?



Status kematian pengikut Pas dalam tragedi Memali menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi buku ‘Amanat Hj. Hadi: Antara Fitnah & Fakta’ menyifatkan pihak yang taksub dengan amanat beliau sebagai pelampau.

Sehubungan itu, bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataan melabelkan pengikut-pengikut Pas yang taksub sebagai pelampau kerana jika tidak, kematian mangsa Memali sebelum ini dianggap syahid hanya sia-sia.

Katanya, kedegilan Abdul Hadi menarik balik amanat beliau mengkafirkan UMNO pada 1981 sehingga menimbulkan perpecahan kronik dalam kalangan orang Melayu dan bertindak menyalahkan pengikut sendiri amat mendukacitakan.

“Mereka jadi demikian kerana tarbiah Pas selepas taksub dengan amanat Haji Hadi. Adalah tidak bertanggungjawab jika Abdul Hadi menganggap golongan yang taksub dengan amanatnya sebagai pelampau," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menerusi buku 'Amanat Hj. Hadi: Antara Fitnah & Fakta', Abdul Hadi mendakwa Pas telah mentarbiahkan ahlinya agar jangan sewenang-wenangnya menghukum orang lain sebagai kafir dan beliau menyifatkan tindakan keterlaluan penyokong parti itu sebagai pelampau.

Dalam pada itu, bekas Naib Presidennya, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, Presiden Pas tidak boleh lepas tangan dalam isu perpecahan orang Melayu akibat taksub dengan amanat beliau kerana sikap pelampau berkenaan tidak datang dengan sendiri, sebaliknya dicorak oleh Abdul Hadi.

Katanya, rata-rata ahli Pas termasuk dalam kes Memali taksub dengan amanat Abdul Hadi yang menyeru pengikut berjihad menentang kerajaan kerana didakwa mengamalkan Perlembagaan kafir menyebabkan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya enggan menyerahkan diri kepada polis. -Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...