#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 3 July 2012

Selain Pembalakan, Kuari Korek Pasir Pula?

Beberapa hari lepas, Tok Kenari mengikut sahabat-sahabat meronda beberapa kawasan di Jeneri, Sik. Kemudian terserempak dengan satu aktiviti kuari mengorek pasir di Kampung Kuala Hai, Jeneri. Oleh kerana timbul rasa ingin tahu, Tok bertanya kepada penduduk setempat mengenai aktiviti tersebut, dan ternyata ramai penduduk yang tidak senang dengan aktiviti tersebut.


Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kawasan yang pada asalnya adalah kawasan alur air / anak sungai kecil telah dirosakkan oleh pihak kuari ini. Tambahan, sebelum ini pernah berlaku kes kematian budak di kawasan tersebut. Tok juga dimaklumkan, tiada buffer zone diwujudkan dalam aktiviti korek pasir tersebut dan akibatnya, keadaan jalan kampung menjadi mendap dan rosak. Selain itu, lori-lori pasir yang masuk ke kawasan kampung ini juga memburukkan lagi keadaan jalan di situ.




Tok terpaksa ambil gambar sekali imbas sahaja semasa melalui kawasan tersebut kerana terdapat orang Cina yang menjaga kawasan tiba-tiba muncul seperti hendak menghambat kami! Pelik, kalau aktiviti ini mendapat permit dan mendapat kelulusan pihak berkuasa, kenapa perlu bertindak agresif seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah salah?

Hasil pencarian di internet, Tok jumpa pula artikel / laporan mengenai perkara ini oleh akhbar tempatan pada awal tahun ini. Klik Sini.

Tok Kenari: Tok ragu-ragu dengan aktiviti ini.. Mungkin ada penjelasan di sebaliknya.. Apa kata pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri? PAS dok gebang tentang perhimpunan HIJAU menuju putrajaya, tapi Tok tengok hijau alam sekitar di Kedah ni dah makin tergugat pulak..

1 comment:

  1. salam tok,sy pkrja dkt tmpat yg tok ambek gmbar 2.semasa tok ambik gmbar 2 sy ada.yg mngusaha kuari 2 orang melayu.permit semua ada.la ni sy kta tok la dok gebang kta cina dok ligan la apa la...

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...