#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 4 June 2012

Rakyat Perlu Bersatu - YDP Agong



Sayu hati Tok Kenari apabila mendengar titah DYMM YDP Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah semasa Istiadat Menghadap & Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan YDP Agong baru-baru ini. Daripada titah tersebut, Tok Kenari faham akan kebimbangan dan kegusaran Tuanku terhadap rakyatnya kini, terutamanya orang-orang Melayu yang semakin berpecah dan negara semakin huru-hara..
"Apakah yang akan kita tinggalkan kepada darah daging kita, anak cucu kita, selaku generasi yang akan datang. Adakah sebuah negara yang punah atau  watan yang makmur sejahtera. Pada hemat beta, semua pilihan ini terletak dalam tangan setiap rakyat Malaysia"
"Sekalipun atas nama politik atau apa-apa organisasi janganlah sehingga sanggup meletakkan ia melebihi kepentingan negara, hatta mengkucar-kacirkan keharmonian. Ini ternyata satu perkembangan yang tidak sihat dan sewajibnya dielakkan" -sumber: Kosmo!
Bagi menyahut saranan YDP Agong ini, Tok Kenari rasa adalah wajar muzakarah melibatkan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan Melayu-Islam diteruskan tanpa menetapkan sebarang syarat demi perpaduan rakyat dan kesejahteraan negara. Tunjukkan keikhlasan masing-masing untuk bersama-sama memakmurkan negara kita yang dicintai ini..


Tok Kenari: Sultan dan Raja Melayu merupakan penaung kepada negara dan bangsa kita.. tapi Tok sedih dengan orang Melayu sendiri yang bersikap derhaka dengan Sultan dan Raja Melayu kita sendiri.. bukan bermaksud Sultan dan Raja Melayu itu lebih mulia sehingga setaraf nabi junjungan kita, tapi itulah uniknya negara kita bernama Malaysia atau Tanah Melayu ini.. dan sebenarnya Melayu itu halus, ada kesopanannya, ada budi pekertinya, ada nilainya.. Daulat Tuanku!!


No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...