#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 12 May 2012

Tribunal Perang KL : Bush & Sekutu Bersalah


KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) hari ini mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan "melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang". 

Ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya ketua penasihat kepada naib presiden; William Haynes, bekas Ketua Penasihat kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, bekas Timbalan Penolong Peguam Negara.
Dengan sebulat suara, bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tribunal memutuskan bahawa pihak pendakwaan sudah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Lamin. 

Empat hakim lain dalam panel itu ialah Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf. 

Panel membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan. 

Perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah. 
Prof Gurdial Singh Nijar mengetuai pasukan pendakwaan manakala Jason Kay Kit Leon yang dilantik selaku 'amicus curae' (rakan mahkamah) bagi mewakili pihak tertuduh. 

Kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan jenayah penderaan dan bahawa mereka dengan sengaja mengambil bahagian dalam merangka dan mengeluarkan perintah dan arahan eksekutif dengan membelakangkan konvensyen dan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Terhadap Penderaan 1984, Konvensyen Geneva 1949, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, berhubung perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan yang lainnya ke atas Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada Mac 2003. 

Selain daripada itu dan/atau berdasarkan serta lanjutan daripada situ, tertuduh memberi kuasa, membiarkan perlakuan penyeksaan dan kejam, layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa dengan mencabuli undang-undang dan perjanjian antarabangsa dan konvensyen berkenaan. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Tok Kenari: Kononnya depa polis dunia, kebal daripada undang-undang? hamek kau!!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...